Hampir 7,000 orang awam dilaporkan terbunuh, manakala lebih 10,000 lagi cedera selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine, menurut angka yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).<br /><br />Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) menegaskan bahawa angka sebenar adalah "jauh lebih tinggi" namun sukar untuk mendapatkan data yang boleh dipercayai dari barisan hadapan.
